ismakualaterengganu

Penganjur Maraton Antarabangsa Bandar Klang akan dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Penganjur Maraton Antarabangsa Bandar Klang yang dilaksanakan tanpa kebenaran Pejabat Pesuruhjay...

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Penganjur Maraton Antarabangsa Bandar Klang yang dilaksanakan tanpa kebenaran Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan dikenakan tindakan undang-undang, kata Pesuruhjaya Sukan Malaysia Datuk Zaiton Othman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zaiton yang turut kesal dengan insiden kemalangan melibatkan tiga pelari yang dilanggar sebuah kereta dalam kejadian pagi semalam itu, berkata tindakan akan diambil menurut Seksyen 36 Akta Pembangunan Sukan 1997.

​​​​​​“Sebarang penganjuran acara sukan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan sebagaimana termaktub dalam akta tersebut, di samping mendapat kebenaran daripada badan pengelola sukan terbabit, pihak polis serta pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata, lesen itu perlu bagi memastikan mereka berkemampuan dari segi kewangan, teknikal serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan badan pengelola sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Katanya, pihak beliau tidak menerima sebarang permohonan lesen untuk penganjuran larian tersebut daripada mana-mana pihak.

Zaiton berkata, bermula Khamis ini Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan memuat naik senarai acara sukan yang telah diberikan kebenaran untuk dilaksanakan oleh pihaknya di laman web Kementerian Belia dan Sukan di kbs.gov.my.

Dalam kejadian 4.30 pagi semalam, seorang pelari parah manakala dua lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di Jalan Kapar Batu 2 selepas mereka memulakan larian dari Stadium Pandamaran, Klang. -Bernama

 

The post Penganjur Maraton Antarabangsa Bandar Klang akan dikenakan tindakan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4288557873416928203

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item