Pengerusi Felda akui ada unsur penipuan dalam isu tanah Jalan Semarak

JOHOR BAHRU, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad yakin berlaku penipuan membabitkan urusan pindah milik hak tanah di Jalan Semarak.

Beliau berkata, penipuan itu disyaki melibatkan syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn. Bhd.

“Beberapa siasatan telah dibuat bahagian undang-undang Felda, dan kami turut mendapat nasihat daripada Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara,” katanya seperi dilapor Utusan Online.

Pada masa sama, Shahrir berkata, beliau yakin Felda mampu mendapatkan semula hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur melalui prosedur undang-undang.

Keyakinan itu, katanya, adalah bersandarkan kepada siasatan yang telah dijalankan pihaknya, selain beberapa agensi lain.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Khatan Beramai-Ramai Anjuran Parlimen Johor Bahru di rumah pangsa Larkin, di sini sebentar tadi.

The post Pengerusi Felda akui ada unsur penipuan dalam isu tanah Jalan Semarak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian