Perhimpunan Agung PBB desak Myanmar henti kempen ketenteraan

UNITED NATION, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mendesak Myanmar menghentikan kempen ketenteraannya terhadap etnik muslim Rohingya di negara itu.

Satu resolusi yang dikemukakan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah diterima pakai dengan 122 menyokong, 10 membantah dan 24 berkecuali.

Resolusi itu menyeru Myanmar memberi akses kepada pekerja bantuan dan memberikan hak kewarganegaraan penuh terhadap etnik Rohingya.

Ia turut menyeru Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk menetapkan wakil khas kepada negara itu.

Resolusi berkenaan menerima bantahan daripada China, Russia, Kemboja, Laos, Filipina, Vietnam, Myanmar, Belarus, Syria dan Zimbabwe.

Sejak 25 Ogos lalu, rejim Myanmar melancarkan tindakan keras ke atas Rohingya di negeri Rakhine, dipercayai turut disokong kerajaan dan majoriti Buddha di negara itu.

Sepanjang tempoh tiga bulan lepas, hampir sejuta Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh dan ribuan yang lain mati dibunuh selain dirogol rejim berkenaan.- Agensi

The post Perhimpunan Agung PBB desak Myanmar henti kempen ketenteraan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian