Perkasa gesa tubuh jawatankuasa khas atasi banjir di Kelantan

 

KOTA BHARU, 12 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa khas mengatasi banjir bagi memastikan bencana alam itu tidak berulang lagi.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, jawatankuasa itu wajar dianggotai oleh Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan Pusat.

“Selepas meninjau kawasan yang dilanda banjir khususnya di Parlimen Pasir Mas dan Rantau Panjang, saya ingin bertanya sampai bila keadaan ini akan terus berulang di negeri ini sedangkan ada jalan untuk menyelesaikannya jika semua pihak mengambil tindakan yang drastik.

“Keadaan yang teruk di Pasir Mas dan Rantau Panjang ialah disebabkan oleh air Sungai Golok. Di sebelah Thailand, tebingnya telah dibaik pulih dan menyebabkan air melimpah masuk ke negara kita, apa sudah jadi dengan projek tebatan banjir di Sungai Golok yang diumumkan oleh kerajaan kita dahulu.

“Jika tidak dibina tebatan banjir keadaan ini akan terus berlarutan, apa guna kita ada kereta api laju jika landasannya ditenggelami air?” katanya seperti dilapor Utusan online.

Pada masa sama, beliau menegaskan, projek mega seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak lagi relevan jika Kelantan sering ditenggelami air.

Beliau berkata, sepatutnya dalam kes ini, tebatan banjir diberikan keutamaan untuk dilaksanakan.

“Tidak ada projek yang lebih penting di negeri ini daripada satu tindakan yang drastik untuk mencari jalan mengatasi masalah banjir dengan bukan hanya bercakap kosong,” katanya.

Selain itu Ibrahim berkata, kerajaan PAS Kelantan juga harus lebih proaktif dalam isu pembalakan dan memberhentikan sama sekali penggondolan hutan serta bukit di hulu negeri itu.

Ini kerana katanya, aktiviti tersebut memberikan kesan yang besar kepada rakyat.

 

The post Perkasa gesa tubuh jawatankuasa khas atasi banjir di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian