Perkhidmatan KTM guna jadual baharu mulai Jumaat

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan beroperasi dengan jadual waktu baharu berkuatkuasa 22 Disember ini.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata, penjadualan itu selaras dengan kerja Projek Menaiktaraf Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang, yang dilaksana secara berperingkat bermula Mei tahun lalu dan dijangka siap pada November 2019.

“Projek diteruskan kini dengan fasa penyelenggaraan landasan di antara Stesen KL Sentral ke Stesen Putra dan Stesen Kuang ke Stesen Sungai Buloh, mulai Jumaat ini hingga 31 Ogos depan.

“Dalam tempoh ini satu landasan akan ditutup manakala hanya satu landasan akan digunakan untuk operasi tren bagi laluan terbabit.

“Perkhidmatan tren bagi laluan dua hala Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim akan beroperasi dengan perjalanan terus dari Stesen Pelabuhan Klang ke Stesen Tanjung Malim, tanpa perlu membuat pertukaran tren di Stesen Sungai Buloh,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, KTM turut menyediakan perkhidmatan tren perantara antara Stesen Batu Caves ke Stesen Sentul kerana terdapat jarak kekerapan selama 60 minit pada waktu puncak pagi dan petang.

“Penumpang tren perantara yang berhenti di Stesen Sentul dan ingin meneruskan perjalanan ke Stesen KL Sentral atau Stesen LRT Sentul dan sebaliknya boleh menggunakan perkhidmatan bas perantara.

“Perkhidmatan itu disediakan di Stesen Sentul yang hanya akan beroperasi Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Jadual perjalanan terperinci bagi perkhidmatan tren KTM Komuter, perkhidmatan tren perantar dan perkhidmatan bus perantara boleh dirujuk dan dimuat turun di www.ktmb.com.my.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad.

The post Perkhidmatan KTM guna jadual baharu mulai Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian