Polis tahan 146 indivisu terlibat sindiket ‘Macau Scam’

KUALA LUMPUR, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 146 individu pada 12 Disember lepas kerana disyaki terlibat sindiket penipuan ‘Macau Scam’ dan perjudian dalam talian dengan jumlah kerugian dianggarkan RM13 juta.

Mereka ditahan dalam serbuan dijalankan di sembilan lokasi sekitar Lembah Klang yang melibatkan 71 suspek dan dua lokasi di China iaitu Guangdong dan Yunnan melibatkan 75 suspek.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit (JSJK) Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata penahanan kesemua suspek berumur lingkungan 30 sehingga 45 tahun itu adalah hasil kerjasama JSJK dengan polis China.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan di Malaysia dan China.

“Modus operandi mereka adalah dengan membuat panggilan kepada mangsa menggunakan platform VOIP (voice over internet protocol) dan menyamar sebagai pegawai daripada institusi kewangan untuk memperdaya mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Amar Singh berkata, mangsa yang terperdaya selepas menerima panggilan itu akan menghubungi semula nombor telefon suspek untuk memasukkan wang ke dalam bank akaun tertentu milik suspek.

“Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas antaranya 60 telefon bimbit, 36 pasport, enam penghala (router) yang berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan dan lima tablet.

“Kesemua suspek direman selama 14 hari dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Akta Imigresen,” katanya.

Dalam kes berasingan, Amar Singh berkata JSJK berjaya menahan enam individu tempatan kerana disyaki terlibat perjudian dalam talian di Kuchai Entrepreneurs Park di sini.

“Mereka dipercayai telah bergiat aktif selama dua tahun serta menggunakan modus operandi dengan menghantar jemputan di media sosial seperti Facebook atau WeChat untuk menarik orang ramai.

“Selain itu, mereka juga mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM300,000 setiap bulan hasil daripada judi online itu,” katanya. – Bernama

The post Polis tahan 146 indivisu terlibat sindiket ‘Macau Scam’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian