Polis tubuh pasukan khas siasat kes tanah Felda

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan ke atas transaksi pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ketika ini, pasukan tersebut sedang dalam proses meneliti keterangan awal berdasarkan laporan yang dibuat pengadu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan individu yang bakal diambil keterangannya.

“Masih terlalu awal untuk dedahkan siapa akan dipanggil memberi keterangan. Biar pasukan khas jalankan proses mengumpul maklumat terlebih dahulu.

“Sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh, pasti kita akan mula memanggil pihak berkaitan untuk diambil keterangan,” katanya seperti dilapor BH Online.

Siasatan berhubung kes itu akan dibuat mengikut Seksyen 420/471 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad juga telah mengakui bahawa terdapat unsur penipuan membabitkan pemindahan hak milik tanah tersebut

Beliau berkata, penipuan itu disyaki melibatkan syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn. Bhd.

The post Polis tubuh pasukan khas siasat kes tanah Felda appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian