Putera Al-Waleed bayar AS$6 bilion untuk pembebasan

RIYADH, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Pihak berkuasa Arab Saudi membebaskan beberapa anak raja yang dituduh terbabit dalam rasuah, selepas semua suspek bersetuju membuat bayaran sehingga AS$6 bilion, lapor akhbar Okaz.

Akhbar pro kerajaan itu melaporkan suspek yang ditahan di Ritz-Carlton Hotel di Riyadh, termasuk menteri dan pemilik syarikat utama di Arab Saudi.

Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini melaporkan Riyadh menuntut sekurang-kurangnya AS$6 bilion daripada jutawan Putera Al-Waleed Bin Talal, sebagai syarat pembebasannya.

Jumlah yang diminta itu adalah antara yang paling tinggi dituntut setakat ini daripada kalangan mereka yang ditangkap kerana dituduh terbabit dalam rasuah dan pengubahan wang haram, sejak bulan lalu.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, Al-Waleed, 62, adalah orang ke 57 paling kaya di dunia dengan memiliki aset bernilai AS$18 bilion.

Sementara itu, seorang lagi anggota keluarga diraja Arab Saudi, Putera Miteb bin Abdullah – sebelum ini dilihat bakal menduduki takhta kerajaan – dibebaskan daripada tahanan selepas membayar AS$1 bilion kepada kerajaan, lapor WSJ.

Kerajaan Arab Saudi juga dilaporkan sedang berbincang dengan baki mereka yang ditahan mengenai bayaran untuk pembebasan.

Bulan lalu, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman melancarkan operasi besar-besaran menentang rasuah di seluruh negara. Dalam operasi itu, puluhan anak raja, menteri, bekas menteri, pemilik syarikat ternama dan kakitangan awam ditangkap.

Bagaimanapun, sehingga ini belum ada suspek yang dihadapkan ke mahkamah.

Sesetengah pihak melihat tindakan Putera Mahkota Mohammed sebagai usaha beliau untuk memperkukuhkan kedudukannya yang bakal menggantikan bapanya sebagai Raja Arab Saudi. – Agensi

The post Putera Al-Waleed bayar AS$6 bilion untuk pembebasan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian