ismakualaterengganu

RASULULLAH; KONSEP ISLAM RAHMATAN LIL ‘ALAMIN

SEREMBAN, 20 Disember – Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1439H, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban telah melancarkan siri c...

SEREMBAN, 20 Disember – Bersempena sambutan Maulidur Rasul 1439H, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban telah melancarkan siri ceramah Maulidur Rasul di sekitar Negeri Sembilan dengan bertemakan Rasululah; Konsep Islam Rahmatan lil ‘Alamin. Antara surau dan masjid yang terlibat dalam siri ceramah ini termasuklah Surau Kg. Kendong (Tampin), Masjid Pulau Besar (Rembau), Surau Al-Hadi (Sikamat) dan lain-lain tempat lagi.

Ceramah yang berlangsung selepas solat maghrib ini adalah bertujuan menerangkan kepada masyarakat tentang konsep sebenar Rahmatan lil ‘Alamin menurut neraca Islam. Menurut Ustaz Ihsan, selaku salah seorang penceramah dalam siri ceramah tersebut berkata, “Konsep Islam rahmat seluruh alam mestilah dikaitkan dengan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w yang menyerukan Islam kepada masyarakat dunia sehingga Islam menjadi sistem hidup yang syumul dan rahmat itu dinikmati semua apabila system Islam tertegak.” Beliau juga menegaskan bahawa konsep ini telah disalah tafsir oleh segelintir masyarakat sehingga mengakibatkan mereka menghalalkan pelbagai bentuk fahaman liberal, syirik dan khurafat berleluasa.

“Konsep Islam Rahmatan Lil ‘Alamin mengandungi dua sisi yang tidak boleh dipisahkan antara satu dari keduanya, iaitu kelembutan dan ketegasan. Kedua-dua ini mestilah diterapkan sesuai dengan situasi dan keadaannya yang tepat,” tambah beliau yang juga merupakan Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Seremban.

Sumber

Related

TERKINI 1558265326244899122

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item