ismakualaterengganu

Rizab Antarabangsa BNM US$102.2 bilion pada 15 Disember

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setak...


KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Dis, 2017 berbanding US$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 Nov, 2017.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi bagi membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (US$95.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM431.583 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.221 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.079 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.642 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset-aset lain (RM8.632 bilion). – Bernama

The post Rizab Antarabangsa BNM US$102.2 bilion pada 15 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4403996671758985966

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item