Satu gerabak Express Timuran tergelincir di Bera

KUANTAN, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Sebuah gerabak kereta api ‘Tren ExpresTimuran’ tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera, Supritenden Mansor Samsudin berkata, semua 311 penumpang termasuk empat pertugas kereta api itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 3.30 pagi itu.

“Polis menerima laporan daripada pemandu bahawa satu daripada 11 gerabak kereta api itu tergelincir semasa melalui kawasan yang sedang dibaik pulih selepas bertolak dari Stesen Kemayan,” katanya semasa dihubungi di sini.

Kerja-kerja mengalihkan gerabak juga dimaklumkan akan diselesaikan hari ini, tambahnya.

Mansor berkata, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga difahamkan telah membawa semua penumpang ke stesen kereta api berhampiran dengan menaiki sembilan buah bas untuk meneruskan perjalananmereka pada jam 7 pagi ini.

Tren ExpresTimuran itu bertolak dari Johor Bharu pada jam 7 petang semalam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Tumpat, Kelantan pada jam 12 tengah hari ini.- Bernama

The post Satu gerabak Express Timuran tergelincir di Bera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian