Sembilan maut serangan berhampiran gereja

KAHERAH, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan di gereja Koptik dan di sini hari ini, kata Kementerian Kesihatan.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Khaled Magahed berkata, sembilan orang, termasuk seorang muslim dan lapan penganut Kristian terbunuh dan lima lagi cedera – dua daripadanya wanita berada dalam keadaan kritikal.

Seorang penyerang yang cuba memasuki Gereja Mar Mina di bandar Helwan di selatan Kaherah, ditembak mati oleh anggota polis.

Bagaimanapun, seorang lagi penyerang sempat melepaskan tembakan menyebabkan anggota polis antara mangsa yang terbunuh. Kebanyakan mangsa adalah Kristian Koptik.

Kira-kira sejam kemudian, satu lagi serangan berlaku di sebuah kedai di Kaherah menyebabkan dua terbunuh.

Kementerian Dalam Negeri berkata, dalam kejadian waktu tengah hari itu, pihak berkuasa menangkap seorang penyerang bermotosikal memiliki mesingun dan bom, yang cuba merempuh sekatan jalan raya tidak jauh dari sebuah gereja.

Sementara itu, profesor pelawat kajian keselamatan di Institut Doha, Omar Ashour, berkata serangan itu adalah krisis berterusan yang berlaku di Mesir.

“Ianya berterusan tanpa sebarang perubahan. Setakat ini, Mesir menyaksikan lebih 2,000 serangan sejak tiga tahun lalu.

Komuniti Kristian Koptik adalah salah satu daripada empat kumpulan yang menjadi sasaran. Tiga lagi ialah muslim alirah sufi, tentera serta polis dan kakitangan media, katanya.

“Ada dua isu yang menyebabkan berlaku serangan seperti itu. Satu daripadanya ialah krisis politik Mesir yang tercetus sejak 2013. Tiada penyelesaian, malah menyebabkan lebih banyak kumpulan radikal bersenjata muncul.

“Pada dasarnya terdapat juga kesilapan pihak berkuasa Mesir dalam melakukan tindak balas terhadap keganasan, ibarat menyimbah minyak ke dalam api,” katanya.

Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan hari ini. – Agensi

The post Sembilan maut serangan berhampiran gereja appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian