Sembilan militan ditahan rancang bunuh Erdogan

ATHENS, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Anggota kumpulan militan yang ditahan di Athens merancang menyerang dan membunuh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika lawatan dua harinya di Greece.

Menurut laporan akhbar Yunani To Vima, sembilan anggota kumpulan Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHKP-C) merancang untuk membunuh Erdogan dengan peluncur roket, bom tangan dan bom api.

Laporan itu berkata, dua anggota kumpulan berkenaan akan menyerang konvoi Erdogan, manakala tiga lagi ahli militan akan melancarkan serangan daripada belakang kenderaan.

Pasukan keselamatan masih giat mengesan baki ahli kumpulan berkenaan yang dipercayai bersembunyi di pergunungan berhampiran Athens.

28 Disember lalu, sekumpulan warga Turki ditahan dipercayai terlibat dengan kumpulan militan daripada negara itu.- Agensi

The post Sembilan militan ditahan rancang bunuh Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian