Serah kepada Kabinet tentukan pengawal selia umrah

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Serahkan kepada Kabinet untuk menentukan agensi mana yang lebih efektif dan efisyen untuk memikul tanggungjawab mengendalikan urusan kawal selia umrah selepas ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau percaya kerajaan sudah tentu akan melihat semua aspek sebelum menentukan sesuatu dasar bagi menjamin kesejahteraan serta kebajikan rakyat, terutama urusan berkaitan ibadah umat Islam.

“Hakikatnya pelbagai bentuk penipuan dikesan melibatkan syarikat swasta yang selama ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang mengambil kesempatan atas kesungguhan umat Islam untuk mengerjakan ibadah umrah.

“Hal ini turut mendesak kerajaan untuk mengawal selia secara berkesan pakej-pakej umrah sebagaimana haji,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas cadangan agar Tabung Haji (TH) menggalas tanggungjawab mengendalikan urusan umrah susulan pembatalan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi urusan visa dan insurans umrah yang diumumkan Sabtu lalu.

Asyraf Wajdi berkata, sebarang cadangan untuk meluaskan bidang kuasa TH memerlukan pindaan kepada aspek undang-undang berkaitan.

“Sememangnya ramai yang keliru selama ini seolah-olah urusan umrah juga di bawah tanggungjawab TH memandangkan kecemerlangan TH dalam menguruskan hal ehwal haji di tanah suci.

“Jadi tidak hairanlah jika ramai yang berpandangan agar TH yang sinonim dengan nama Makkah dan Madinah juga diberi tanggungjawab menguruskan atau mengawal selia urusan umrah,” katanya.

Media hari ini melaporkan TH akan meneliti cadangan yang mahu institusi itu memikul tanggungjawab mengendalikan urusan umrah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah dilaporkan berkata, kajian mendalam perlu dibuat dari pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji.

The post Serah kepada Kabinet tentukan pengawal selia umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian