Skandal 1MDB: Singapura keluarkan lebih banyak larangan kewangan
SINGAPURA, 30 Rabiulawal 1439H, Selasa – Bank Pusat Singapura telah mengeluarkan lebih banyak larangan kewangan dalam siasatan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) berkata, ia mengeluarkan perintah larangan seumur hidup terhadap bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI cawangan Singapura, Yeo Jiawei.
Selain itu perintah larangan selama tiga tahun turut dikeluarkan terhadap bekas Ketua Eksekutif Firma Penasihat Kewangan NRA Capital, Kevin Scully.
Kedua-dua larangan berikut berkuat kuasa pada hari Isnin.
Yeo disiasat oleh Jabatan Hal Ehwal Komersial dalam perkara yang berkaitan dengan 1MDB dan disabitkan dengan beberapa tuduhan, termasuk pengubahan wang haram, menipu dan mengganggu saksi ketika siasatan.
MAS berkata, perintah larangan itu akan melarang Yeo daripada menyediakan apa-apa pasaran modal dan khidmat nasihat kewangan.
Sehingga kini, MAS mengeluarkan larangan ke atas 8 individu terlibat pelanggaran berkaitan 1MDB, susulan dua larangan diumumkan bulan lepas.- Agensi
The post Skandal 1MDB: Singapura keluarkan lebih banyak larangan kewangan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan