Skandal tanah: Ahli Lembaga Pengarah Felda, Isa Samad perlu digantung tugas

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Ahli Lembaga PengarahFelda sewajarnya digantung tugas bagi memberi ruang penyiasatan menyeluruh ke atas skandal tanah Felda di Jalan Semarak.

Malah, Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad juga perlu diberi cuti sementara waktu daripada menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas skandal tanah Felda di Jalan Semarak, dianggarkan bernilai RM200 juta, yang bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengesahkan dan mengakui agensi tanah Persekutuan itu hilang tiga bidang tanahnya bernilai lebih RM250 juta di Jalan Semarak apabila ia dipindah milik tanpa pengetahuan Felda.

Pertukaran hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Isa Samad menjadi Pengerusi Felda.

Kecewa dengan penyelewengan yang berlaku di Felda, Haji Aminuddin berkata, tidak masuk akal jika kerajaan tidak mengetahui apa yang berlaku dalam agensi itu.

“Ini bukan perkara baru, saya pasti ia sudah sampai kepada pengetahuan kerajaan kerana melibatkan jumlah wang yang besar. Bukan saja Felda hilang aset, malah duit juga tidak diterima. Sepatutnya kerajaan perlu telus, berhemah dan berjiwa rakyat.

“TetapI isu ini jelas menampaKkan hipokrasi. Mana mungkin jumlah yang begitu besar tidak dapat dikesan diperingkat awal,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Difahamkan setakat ini, pihak polis dikatakan sudah memulakan siasatan selepas menerima aduan daripada Felda berhubung perkara itu.

Haji Aminuddin berkata, sebenarnya rakyat sudah bosan dengan slogan kerajaan yang seolah-olah mempermainkan rakyat.

“Akhirnya, yang jadi mangsa adalah orang Melayu. Sampai bila rakyat harus sabar dan ditipu sebegini. Mana laporan audit dalaman? Kenapa Ahli Lembaga Pengarah tidak bincang dan jumpa? Kenapa ambil masa begitu lama? Ini semua persoalan yang rakyat mahu jawapan telus,” katanya.

The post Skandal tanah: Ahli Lembaga Pengarah Felda, Isa Samad perlu digantung tugas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian