Solat berjemaah melambangkan kemajuan dan ketamadunan – Wanita Isma

 

Wanita Isma menolak kenyataan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim bahawa usaha mewajibkan solat berjemaah bagi pelajar Muslim di semua sekolah kebangsaan boleh melentur semangat kebangsaan.

Dakwaan tersebut jelas tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) kerana agama Islam adalah agama Persekutuan. Solat berjemaah adalah satu ibadat yang perlu dihormati dan digalakkan kepada semua pelajar sekolah. Sepatutnya Datin Noor Azimah bersyukur kerana anak-anak terdidik dengan solat berjemaah di sekolah kebangsaan. Ini melambangkan kemajuan dan ketamadunan sekolah tersebut.

Wanita Isma turut melahirkan perasaan terkilan dan malu dengan Allah swt apabila seorang Muslimah sanggup melontarkan kata-kata begitu terhadap usaha menegakkan syiar Islam di sekolah. Sepatutnya ibu bapa merasa bersyukur adanya arahan seperti itu yang mengambil berat terhadap solat anak-anak mereka.

Fahaman yang mengatakan ibadah solat ini hanya tertakluk pada sekolah agama dan sekolah melayu sahaja adalah fahaman yang kolot.

Wanita Isma mengucapkan syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menerapkan nilai-nilai Islam di sekolah. Inilah semangat yang kita mahu kepada semua sekolah-sekolah di Malaysia termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang mempunyai pelajar Muslim.

Dr Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian