Susu bayi dipercayai dicemari bakteria tidak dieksport ke Malaysia

BANGI, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa produk susu formula bayi Perancis yang dipercayai dicemari bakteria tidak dieksport ke Malaysia.

KKM dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu telah mendapat pengesahan daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kedutaan Perancis di Malaysia.

“KKM mengambil maklum berita bertajuk ‘France’s Lactalis orders baby milk recall over salmonella fears’ yang disiarkan pada 10 Disember 2017 oleh berita antarabangsa France 24.

“Laporan berita tersebut menyatakan syarikat terlibat iaitu LNS Lactalis Group bersama Pihak Berkuasa Kesihatan Perancis telah mengeluarkan arahan penarikan balik produk susu bayi yang disyaki terlibat dengan pencemaran salmonella di pasaran antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Menurut KKM, salmonella merupakan sejenis mikroorganisma patogenik yang boleh menyebabkan cirit birit, demam dan kesakitan abdomen.

“Dalam kes-kes yang tertentu boleh menyebabkan kematian khususnya kepada golongan yang berisiko seperti bayi, orang tua ataupun yang mempunyai sistem imuniti rendah,” katanya.

Bagaimanapun kementerian itu menjelaskan, tiada sebarang pengimportan bagi produk berkenaan ke negara ini berdasarkan maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).

Namun, bermula 11 Disember lalu, KKM telah mengenakan larangan import terhadap produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab/gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM),” katanya.

The post Susu bayi dipercayai dicemari bakteria tidak dieksport ke Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian