ismakualaterengganu

Tentera rejim Israel serang kedudukan Hamas di Jalur Gaza

G AZA, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tentera rejim Israel telah membuat serangan darat dan udara untuk kali kedua dalam satu hari di beber...

GAZA, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tentera rejim Israel telah membuat serangan darat dan udara untuk kali kedua dalam satu hari di beberapa tempat di Semenanjung Gaza.

Rejim itu mengesahkan bahawa ia melakukan serangan ke atas kawasan milik Hamas untuk kali kedua lewat pada hari Isnin.

Ia mendakwa, serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran roket dari Jalur Gaza ke wilayah yang diduduki.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah pengepungan Israel sejak Jun 2007.

Sekatan ini telah menyebabkan penurunan dalam taraf hidup serta tahap pengangguran dan kemiskinan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Rejim Israel telah menyekat keperluan asasi kira-kira 1.8 juta orang di Gaza, seperti kebebasan bergerak, pekerjaan dengan upah yang tepat serta penjagaan kesihatan dan pendidikan yang mencukupi.

Rejim Tel Aviv juga telah melancarkan beberapa peperangan ke Gaza sejak tahun 2008.

Ribuan warga Gaza telah terbunuh atau terjerat dalam peperangan Israel dan sebahagian besar infrastruktur telah dimusnahkan. – Agensi

The post Tentera rejim Israel serang kedudukan Hamas di Jalur Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 1065160118120957668

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item