ismakualaterengganu

(TERKINI) Dua pejuang Brigade al-Quds maut dibedil pesawat Israel

GAZA, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya dua pejuang Palestin terbunuh dalam letupan yang di mana Kementerian Kesihatan Pales...

GAZA, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya dua pejuang Palestin terbunuh dalam letupan yang di mana Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan kejadian itu akibat serangan pesawat tentera rejim Zionis, hari ini.

Bagaimanapun, seperti biasa, jurucakap tentera rejim Israel menafikannya dan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang serangan hari ini.

Jihad Islam mengesahkan dua anggota Brigade al-Quds, sayap bersenjatanya, terbunuh dalam serangan itu.

Serangan udara itu dikatakan menyasarkan dua pemuda bermotosikal dekat Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Kedua-dua pemuda Palestin itu terbunuh serta-merta, manakala beberapa lagi pejalan kaki berhampiran cedera.

Kejadian itu berlaku tatkala tunjuk perasaan berterusan di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan kawasan diduduki di Gaza, selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar yang turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.

Jumaat lalu, empat penduduk Palestin, termasuk dua anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), terbunuh dalam serangan rejim Zionis – dua ditembak dan dua lagi maut dibedil pesawat Israel. Kira-kira 25 lagi warga Palestin cedera dalam serangan bagi mematahkan tunjuk perasaan itu.

Oktober lalu, tujuh warga Palestin, termasuk seorang komander Brigade al-Quds, terbunuh apabila serangan udara rejim Israel menyasarkan sebuah terowong di selatan Palestin.

Sejak 2008, rejim Israel melancarkan tiga serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Serangan pada musim panas 2014 menggunakan kod Operation Protective Edge, menyebabkan kira-kira 2,200 penduduk Palestin terbunuh.

Dalam tempoh sama, lebih 66 askar Israel terbunuh. – Agensi

The post (TERKINI) Dua pejuang Brigade al-Quds maut dibedil pesawat Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 474634571238313492

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item