Tiada laporan susu tiruan di Perlis

BANGI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis mengesahkan tiada laporan susu formula tiruan direkodkan di negeri itu.

Pengarahnya, Khairul Amin Talib berkata, pengesahan itu adalah hasil pemeriksaan KPDNKK negeri setakat ini di beberapa premis tertentu di Perlis.

Beliau berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan di premis tertentu membabitkan beberapa pasar raya dan farmasi.

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati peniaga mendapatkan produk-produk ini (susu) daripada pengedar yang sah,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Sebelum ini, KPDNKK Johor merampas 210 kotak susu bayi tiruan bernilai RM42,000 dalam beberapa serbuan yang dijalankan di negeri itu.

Ia susulan selepas menerima laporan seorang bayi muntah selepas dikatakan mengambil produk berkenaan.

The post Tiada laporan susu tiruan di Perlis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian