Tiga kampung di Pelangai, Bentong dilanda banjir kilat

KUANTAN, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Sebanyak 11 rumah dari tiga kampung di Pelangai, Bentong dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berterusan sejak 9.30 malam semalam hingga awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Leftenan (PA), Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata kesemua tiga kampung iaitu Kampung Tengah Manchis, Kampung Semerting dan Kampung Hayat dinaiki air hingga 0.5 meter.

“Tiga keluarga dari Kampung Semerting dan Kampung Hayat turut dipindahkan sementara pada 3 pagi tadi setelah rumah mereka dinaiki air, bagaimanapun mereka dibenarkan pulang 9.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sebuah jambatan di Kampung Hayat turut runtuh ekoran arus deras di Sungai Semerting.

Katanya walaupun paras air mencatatkan penurunan, namun beliau menasihati penduduk agar sentiasa bersedia jika diarahkan berpindah dan menyimpan barangan mereka di tempat yang selamat berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu. -Bernama

The post Tiga kampung di Pelangai, Bentong dilanda banjir kilat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian