Timbalan menteri baru tahu ada individu bukan Islam kendali sistem umrah

BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau baru mengetahui ada individu bukan Islam dalam syarikat pengendali sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS).

Beliau mengakui demikian ketika menjawab soalan pada sidang media khas membatalkan pelaksanaan IMAMS, hari ini.
Semalam, beliau mengumumkan IMAMS telah mula dikuatkuasakan.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan mencari mekanisme terbaik bagi menangani penipuan pakej umrah, selepas IMAMS dibatalkan.

Serentak itu juga, beliau memberi jaminan kaedah baharu akan diperhalusi dan hanya akan melantik mereka yang beragama Islam sahaja terbabit dalam pengendaliannya.

Mas Ermieyati berkata, mekanisme itu termasuk cadangan pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ismaweb sebelum ini melaporkan syarikat pengendali IMAMS, Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd, mengenakan GST RM7.80 kepada setiap jemaah yang memohon visa umrah dan membeli insurans takaful – RM2.70 untuk visa, dan RM5.10 (insurans).

Malah, status syarikat pengendali IMAMS itu juga diragui, kerana KPK sebelum ini mensyaratkan urusan umrah dan haji hanya diuruskan agensi yang 100 peratus milik orang Islam, termasuk kakitangannya.


BERITA PENDEDAHAN ISMAWEB MENGENAI IMAMS

1. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: RM90.10 MESTI DIBAYAR SECARA PREPAID MEMBEBANKAN JEMAAH

2. (EKSKLUSIF) SISTEM IMAMS: GST UNTUK TUNAI PERINTAH ALLAH

3. VIDEO TAKLIMAT IMAMS DAN PENGENDALI UMRAH

4. KATA PEDANG: PELIK KALAU NAK BUAT UMRAH PUN KENA GST

5. KERAJAAN TETAP KENAKAN GST UNTUK UMRAH

6. GST UMRAH BERKUAT KUASA HARI INI

7. KOS TAMBAHAN UMRAH MURAH, KATA TIMBALAN MENTERI

8. SIAPA SYARIKAT PENGENDALI IMAMS YANG JAGA UMRAH?


“Mekanisme baharu itu pastinya akan lebih cekap … dan tidak membebankan pengguna. Kementerian memberi jaminan mekanisme baharu itu adalah 100 peratus Islam. Kita ambil kepentingan isu sensitiviti,” katanya Mas Ermieyati lagi.

The post Timbalan menteri baru tahu ada individu bukan Islam kendali sistem umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian