Trump bakal umum Jerusalem ibu negara Israel

WASHINGTON, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka mengumumkan bahawa negara itu mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Pegawai kanan pentadbiran AS berkata, maklumat terperinci pengumuman itu masih belum dijelaskan, dan White House sedang mempertimbangkan untuk Trump mengumumkan perkara itu ketika berucap di Universiti Pertahanan Nasional di Washington.

Langkah itu aka disusuli dengan rancangan untuk memindahkan kedutaan AS di Israel dari Tel Aviv ke Jerusalem, yang mungkin menyulitkan usaha yang diketuai menantu dan penasihat kanan Trump, Jared Kushner melaksanakan semula rundingan damai antara Israel-Palestin, dan mendapatkan sokongan sekutu Arab.

Rancangan pengumuman Trump itu, yang bercanggah dengan presiden Amerika sebelumnya yang bertegas bahawa status Jerusalem mesti diputuskan dalam rundingan, telah mengundang kecaman daripada Pihak Berkuasa Palestin dan pasti menimbulkan kemarahan dunia Arab.

Sebelum ini, jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah berkata, pengiktirafan AS terhadap Jerusalem sebagai ibu negara Israel akan memusnahkan proses damai dan menjejaskan kestabilan rantau ini. – Agensi

The post Trump bakal umum Jerusalem ibu negara Israel appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian