Tukang rumah didakwa seludup empat pendatang asing

PASIR MAS, 5 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Seorang tukang rumah dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup empat migran pada awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Radzi Halim, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Rashid Mustafa.

Tertuduh yang berasal dari Kok Lanas, Kota Bharu didakwa melakukan kesalahan itu di Pos Sekatan Jalan Raya Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Simpang Empat Salam, Rantau Panjang di sini, pada 7.30 malam, 12 Disember lepas.

Dia dituduh menyeludup tiga migran yang tidak mempunyai pasport dikenali sebagai Naing Naing Aung, Myo Elwin dan Soe Hwin dan seorang warganegara Myanmar, Myo Min Lwin mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Siew Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan Selasa ini untuk sebutan semula kes. -Bernama

The post Tukang rumah didakwa seludup empat pendatang asing appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian