Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengembalikan semula pingat dan darjah kebesaran tertinggi yang diterima daripada Sultan Selangor.

Menurut laporan portal The Malaysian Insight, sumbernya dipetik sebagai berkata, Dr Mahathir memulangkan dua pingat termasuk satu darjah kebesaran tertinggi negeri tu pada petang Khamis lepas.

Dilaporkan, kedua-dua pingat masing-masing diterima pada 1978 dan 2003 itu diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Bagaimanapun, sumber enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kecewa dan murka atas ucapan Dr Mahathir yang didakwa menghasut rakyat dan menghina masyarakat Bugis.

Ia berikutan selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

The post Tun M, isteri pulangkan dua pingat, darjah kebesaran Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian