Turki cadang buka kedutaan di Baitulmaqdis
ISTANBUL, 29 Rabiulawal 1439H Isnin -Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuarakan harapan untuk membuka kedutaan Turki di Timur Baitulmaqdis.
Cadangan itu suarakan ketika seluruh dunia meningkatkan serangan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
“InsyaAllah, waktunya sudah hampir tiba. Dngan izin Allah kita membuka kedutaan Turki di sana,” kata Erdogan ketika berucap kepada penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan di Karaman, semalam.
Erdogan berkata, ketika ini pesuruhjaya tinggi Turki di Baitulmaqdis sudah diwakili seorang diplomat bertaraf duta.
Beliau sebelum ini mengetuai kritikan dunia Islam terhadap tindakan Donald Trump dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, minggu lalu.
Dalam persidangan itu mereka menggesa dunia mengiktiraf Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara Palestin.
Baitulmaqdis diduduki Israel selepas ia merampas kawalan terhadap kawasan itu pada perang 1967 dan tindakan terbabit tidak pernah mendapat pengiktirafan dunia. – Agensi
The post Turki cadang buka kedutaan di Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan