ismakualaterengganu

Umat Islam bersatu dalam solidariti selamatkan Baitulmaqdis

PUTRAJAYA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Khutbah khas solat Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini menyeru umat Islam supaya bersatu dal...


PUTRAJAYA, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Khutbah khas solat Jumaat di Masjid Putra di sini, hari ini menyeru umat Islam supaya bersatu dalam mempertahankan kemuliaan Baitulmuqaddis sebagai kota suci sepertimana Baitullah di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Semasa menyampaikan khutbah itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata langkah itu perlu diambil kerana Palestin merupakan bumi Anbiya yang dimuliakan Allah SWT dan Baitulmuqaddis menjadi laluan ke langit semasa Mikraj Rasulullah SAW.

“Saya ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama menunjukkan solidariti kita kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka membebaskan Baitulmuqaddis dan Palestin dari belenggu penjajahan dan penindasan.

“Marilah kita sama-sama berhimpun selepas ini bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifadah untuk rakyat Palestin. Kepada Allah jua kita berserah,” katanya semasa menyampaikan khutbah bertajuk ‘Selamatkan Baitulmuqaddis’ sempena Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis.

Zulkifli berkata langkah mengiktiraf negara Israel atau mengadakan hubungan untuk mengiktiraf negara itu merupakan satu langkah yang tidak boleh diterima oleh mana-mana umat yang bertamadun.

Beliau berkata usaha berterusan perlu dilakukan bagi mengembalikan hak rakyat Palestin kepada kehidupan yang aman dan adil.

“Dalam kita bersemangat menyatakan sokongan dan solidariti terhadap nasib rakyat Palestin, kita perlu mematuhi tatacara yang direstui dalam agama sesuai dengan konsep wasatiyyah.

“Justeru, marilah kita mengetepikan apa jua perbezaan yang mengganggu kesepaduan dan kesatuan sesama kita. Inilah masanya kita berganding bahu, berdoa dan bermunajat, serta membantu sedaya mungkin setiap umat Islam yang ditindas walau di mana jua,” kata beliau.

Selepas itu, Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad mengimamkan solat Jumaat itu.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri kabinet.

Lebih 10,000 membanjiri perkarangan Masjid Putra hari ini sebagai tanda membantah dan menolak cadangan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. – Bernama

The post Umat Islam bersatu dalam solidariti selamatkan Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6557449132026692383

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item