Umat Islam mesti susun strategi bebaskan Al-Aqsa, bukan kutuk dan kecam sahaja

ISTANBUL, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Umat Islam di seluruh dunia tidak boleh lagi hanya sekadar mengecam dan mengutuk, jika benar-benar mahu menyelesaikan isu Palestin, kata Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS), Syeikh Dr Ali Qurahdaghi.

Sambil menyeru supaya bantahan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel diteruskan, beliau menggesa pemimpin dan umat Islam keluar daripada fasa selesa yang sekadar mengecam dan mengutuk sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, umat Islam perlu berpindah ke fasa amalan dengan membuat perancangan dan strategi, khususnya berkaitan agenda penyatuan yang menjadi kunci pembebasan al-Aqsa.

“Inilah juga yang kita perhatikan dalam sejarah Islam apabila Al-Quds ditawan oleh Kristian dalam Perang Salib. Ulamalah golongan pertama yang mula menggariskan satu strategi dan perancangan bagaimana ingin membebaskan kota Al-Quds.

“Maka mereka memperbetulkan pemimpin politik pada kadar yang mereka mampu, mereka mendidik dan membangunkan madrasah yang akhirnya lahirlah mujahid-mujahid seperti Nuruddin Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi yang menjadi kunci kepada pembebasan Baitulmaqdis,” katanya pada satu wawancara dengan Mekameeleen TV.

Mengulas lanjut katanya, umat Islam juga hendaklah membicarakan berkenaan pembebasan serta kemerdekaan Palestin daripada penjajahan, berbanding menyebut soal keamanan.

“Hakikatnya istilah menyelesaikan secara aman adalah retorik mereka (Israel) semata-mata, sedangkan apa yang mereka mahukan bukanlah penyelesaian secara aman tetapi penjajahan Palestin secara menyeluruh,” katanya.

Malah, Dr Ali berkata, perubahan fasa mengecam itu dapat melihat pihak yang ikhlas mahu membebaskan Baitulmaqdis, atau sebaliknya yang hanya menggunakan isu Palestin untuk kepentingan tertentu semata-mata.

“Kita perlu mula dari sekarang, sama ada dengan perancangan bantuan ekonomi atau apa sahaja yang memberi manfaat dalam isu Palestin,” katanya.

The post Umat Islam mesti susun strategi bebaskan Al-Aqsa, bukan kutuk dan kecam sahaja appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian