ismakualaterengganu

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera remaja perempuan

KAJANG, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Polis menahan seorang penjaga pusat rawatan kesihatan di Semenyih, di sini, semalam bagi membantu sia...

KAJANG, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Polis menahan seorang penjaga pusat rawatan kesihatan di Semenyih, di sini, semalam bagi membantu siasatan kes dera seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, wanita berusia 41 tahun itu ditahan sejurus memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 5.30 petang semalam.

Katanya, remaja yang tidak bersekolah dan bekerja di pusat berkenaan sejak April lepas didapati mempunyai kesan melecur di bahagian tangan, badan dan mulut.

“Mangsa sebelum itu dibawa ke rumah seorang pelanggan pada Khamis lepas di Cheras bagi melakukan rawatan urut selepas bersalin sebelum menceritakan dia didera kepada pelanggan itu,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini hari ini.

Susulan itu, pelanggan berkenaan bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul menggunakan senduk panas selain ditumbuk dan dicekik.

Mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Selayang turut mendakwa pernah dirogol seorang pelanggannya di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Mei lepas.

Katanya, polis juga akan memanggil pemilik pusat rawatan kesihatan itu, wanita berusia 54 tahun yang kini sedang mendapatkan rawatan jantung di Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera. -Bernama

The post Wanita ditahan bantu siasatan kes dera remaja perempuan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8218719547778518191

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item