Waspada kaedah penipuan baharu pengeluaran dana KWSP

GEORGE TOWN, 10 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan modus penipuan pengeluaran dana, kata Perunding kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Ini kerana, beliau berkata, penipu kini menggunakan kaedah yang lebih teliti iaitu dengan menggunakan dokumen perjanjian palsu bagi meyakinkan pencarum untuk melabur mahupun membuat pengeluaran.

“Sekarang ni mereka guna teknik penipuan baharu iaitu menggunakan dokumen perjanjian. Bila ada dokumen perjanjian ini kita orang awam ingat elok. Rupanya bila bawa ke bank mahupun KWSP, dokumen perjanjian itu palsu dan memberi masalah kepada pencarum. Ini lagi bahaya, penipuan cerdik pandai,” katanya.

Zaharuddin menasihatkan, jika pencarum dihampiri sindiket, mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat syarikat contohnya siapa pemegang saham, aktiviti perniagaan yang dijalankan dan sebagainya.

“Syarikat besar biasanya akan ada maklumat syarikat yang lengkap. Kalau pencarum ada rasa ragu-ragu jangan segan minta borang 24, 44 dan 49 artikel Memorandum Persatuan yang ada maklumat syarikat…baharulah kemas. Itu adalah peringkat tapisan yang bagus.

“Tetapi perkara-perkara sebegini warga emas tidak tahu. Jadi, mereka dinasihatkan agar minta pandangan daripada anak-anak. Minta nasihat dulu sebelum membuat keputusan. Sindiket akan gunakan dokumen perjanjian palsu ini sebagai ‘gula-gula’ untuk menipu,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau turut menasihatkan pencarum agar sentiasa bertanya dan merujuk pakar atau perunding kewangan jika mempunyai sebarang kemusykilan serta sebelum membuat pelaburan sebagai langkah berhati-hati.

The post Waspada kaedah penipuan baharu pengeluaran dana KWSP appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian