23 terbunuh letupan bom kereta di Idlib

BEIRUT, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh manakala 10 lagi termasuk orang awam dalam serangan letupan di bandar Idlib, semalam.

Menurut kumpulan pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, serangan yang berlaku petang semalam menyasarkan ibu pejabat kumpulan bersenjata ‘Ajnad al-Kavkaz’ di bandar barat laut Syria itu.

Pasukan pemantau itu berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada serangan berkenaan secara khusus menyasarkan pangkalan kumpulan tersebut.

Menurutnya, letupan yang menggegarkan daerah Thalatheen itu dipercayai berpunca daripada bom kereta atau serangan dron.

Pasukan penyelamat telah dikerah ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat dan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang turut menjadi sasaran, selain beberapa rumah di kawasan kejiranan.

“Tiga beradik perempuan adalah antara orang awam yang terbunuh dalam letupan itu. Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu,” kata SOHR.

Katanya, majoriti mangsa terkorban adalah pejuang daripada kumpulan pemberontak, dan tujuh orang awam termasuk beberapa lagi mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya.- Agensi

The post 23 terbunuh letupan bom kereta di Idlib appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian