3.6 juta belum daftar pemilih

PUTRAJAYA, 28 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Anggaran 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata pemilih dalam Daftar Pemilih sehingga suku ke-3 tahun 2017 adalah seramai 14.8 juta.

“Untuk tempoh pendaftaran pemilih suku ke-4 tahun lepas, SPR menerima 212,042 pendaftaran pemilih baharu dan 72,998 permohonan pertukaran alamat bahagian pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 4/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai esok sehingga 30 Januari ini di 961 tempat pameran seluruh negara.

Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada Oktober, November dan Disember tahun lalu dinasihatkan untuk menyemak, katanya.

Bagi permohonan pendaftaran baharu, pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B dan menyerahkan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu, katanya.

Katanya, bagi pemilih yang berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT Suku Tahun 4/2017 di satu-satu bahagian pilihan raya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

Abdul Ghani berkata seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

“Bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017,” katanya.

Semasa tempoh pameran Rang DPT itu, SPR juga mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada Daftar Pemilih kerana didapati tidak berhak kekal dalam daftar pemilih atas sebab antaranya telah meninggal dunia, melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraanya, katanya.

Menurutnya, pemohon boleh melayari laman sesawang SPR di www.spr.gov.my atau menerusi aplikasi telefon pintar My SPR Semak untuk menyemak senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT suku ke-4.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui nombor telefon 03-88927018 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri, katanya. -Bernama

The post 3.6 juta belum daftar pemilih appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian