Ahli Isma Kuantan meninggal dunia


BANGI, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan, Daswati Mohamad Zin, 31, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.45 pagi di Hospital Ampang, hari ini.

Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia, Dr Norzila Baharin yang juga merupakan mantan Ketua Wanita Isma Cawangan Kuantan berkata, beliau dimaklumkan berita itu pada jam 11 pagi tadi dan berasa amat sedih kerana arwah merupakan kenalan rapat beliau.

Beliau berkata, jenazah Daswati sedang dibawa pulang dari Hospital Ampang ke Kuantan untuk dikebumi di tanah perkuburan di sana.

“Arwah merupakan seorang penggerak Isma yang banyak menyumbang kepada perjuangan pertubuhan dan seorang yang tabah serta kuat disiplin. Dulu sebelum sakit arwah bekerja di Aman Palestin DHL, Malah ketika sakit pun masih hadir program tarbiyah,” katanya.

Arwah Daswati difahamkan menghidap penyakit bronkiektasis kronik yang telah berlanjutan sejak lima tahun dahulu.

Beliau berkata, arwah pada mulanya dirawat di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) kerana tidak mampu bernafas seperti biasa dan memerlukan bantuan oksigen untuk digunakan di rumah, namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Ampang bagi rawatan lanjut.

Biro Kebajikan ISMA juga telah melancarkan kutipan sumbangan kewangan untuk meringankan beban arwah sekeluarga.

The post Ahli Isma Kuantan meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian