ismakualaterengganu

Akademi Bola Sepak Isma Johor Tampilkan Kelainan, Buka Tirai 2018

  oleh Adli Adnan Skudai, 28 Januari 2018 – Akademi Bola Sepak Isma Johor FC (IJFC) telah membuka tirai 2018 dengan memulakan sesi akademi...

 

oleh Adli Adnan

Skudai, 28 Januari 2018 – Akademi Bola Sepak Isma Johor FC (IJFC) telah membuka tirai 2018 dengan memulakan sesi akademi bola sepak pertamanya pada hari Sabtu yang lalu.

Akademi yang dikendalikan oleh Jurulatih Lesen B yang mendapat tauliah daripada AFC dan FIFA ini menawarkan kelas asas bola sepak kepada pelajar-pelajar berumur dari 12-17 tahun.

Menurut Mohd Izzul yang merupakan pengurus akademi ini, akademi ini diharap dapat melahirkan pemain yang bukan sahaja hebat secara teknikal dan taktikal, tetapi menjadikan melahirkan pemain bola sepak dengan ciri-ciri seorang muslim sejati.

Antara kelainan yang diterapkan adalah setiap pelajar yang berdaftar perlu menjaga aurat dengan memakai pakaian yang bersesuaian dengan latihan seperti yang telah digariskan oleh pihak akademi.

Seramai 20 orang pelajar telah hadir bagi memulakan sesi akademi yang bertempat di Padang Awam Taman Desa Skudai.

Sumber

Related

TERKINI 4446418674470360061

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item