ismakualaterengganu

Aman Palestin Perak kutip sumbangan lebih RM1 juta

IPOH, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Aman Palestin Perak mengumpul dana lebih RM1 juta sepanjang 2017 bagi membantu perjuangan selain mering...

IPOH, 18 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Aman Palestin Perak mengumpul dana lebih RM1 juta sepanjang 2017 bagi membantu perjuangan selain meringankan penderitaan umat Islam di Palestin.

Pengerusinya, Shaharuzzaman Bistamam berkata, ia hasil sumbangan pelbagai pihak terdiri daripada orang perseorangan, syarikat korporat dan jabatan-jabatan kerajaan di peringkat negeri.

“Sumbangan ini juga kita hulurkan sebagai simbol solidariti kepada penduduk Palestin dalam membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara Israel, baru-baru ini.

“Sumbangan yang kita terima amat menggalakkan dan saya berterima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan mereka terhadap masalah umat Islam di Palestin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Kutipan, untuk Palestin di sini, semalam.

Pada majlis itu, Imam Masjid Negeri Abd Farid Salleh mewakili gabungan lebih 600 masjid di seluruh negeri menyerahkan sumbangan RM105,000 melalui Tabung Bencana dan Kemanusiaan Gabungan Masjid-Masjid Perak kepada Shaharuzzaman.

Shaharuzzaman berkata, wang terkumpul itu juga akan disalurkan segera kepada wakil Aman Palestin yang berpangkalan di bumi Palestin.

“Aman Palestin di peringkat pusat akan kumpulkan dana sumbangan ini terlebih dahulu kerana ia melibatkan seluruh negara. Kemudian, selepas selesai kita akan serahkannya kepada wakil di Palestin untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Abd Farid berkata, sumbangan RM105,000 itu dikumpulkan sejak 15 Dis lalu dan ia dilakukan sebagai tanda keprihatinan terhadap saudara seagama dan berharap sedikit sebanyak ia membantu mereka untuk berjuang atas nama negara dan – Bernama

The post Aman Palestin Perak kutip sumbangan lebih RM1 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2446993654741737279

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item