Amaran cuaca buruk di tiga negeri
BANGI, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk ke atas beberapa kawasan di Perak, Pahang dan Kelantan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang itu dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini.
Ia membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar di Perak.
Sementara di Pahang, keadaan sama turut menjejaskan Cameron Highlands dan Kuala Lipis.
Tidak terkecuali, beberapa daerah di Kelantan membabitkan Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Lojing dan Gua Musang.
The post Amaran cuaca buruk di tiga negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan