Amaran hujan lebat di Terengganu

BANGI, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang berserta ribut petir di Terengganu.

Jabatan itu menerusi kenyataannya hari ini memaklumkan, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga jam 3 petang.

Ia dijangka membabitkan dua daerah di negeri itu, iaitu Dungun dan Kemaman.

Dalam perkembangan lain, keadaan hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan sebuah sekolah di negeri itu ditutup hari ini.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut dekat Setiu terpaksa ditutup berikutan laluan ke sekolah berkenaan dinaiki air setinggi 0.9 meter.

Pengarah abatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata keputusan itu diambil apabila Jalan Permaisuri/Hulu Seladang ditutup kepada semua jenis kenderaan, dan tiada jalan alternatif untuk dilalui warga sekolah tersebut yang terdiri daripada 144 murid, 17 guru dan empat anggota kumpulan pelaksana.

“Berikutan kesukaran itu, sekolah itu terpaksa ditutup dan akan kembali dibuka seperti biasa sekiranya jalan tersebut boleh dilalui esok,” katanya.

The post Amaran hujan lebat di Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian