Amaran ribut petir di perairan Sarawak, Labuan, Selat Melaka


KUALA LUMPUR, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di perairan Sarawak (Mukah, Bintulu, Rejang dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Selat Melaka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web METMalaysia, keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

“Ia menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (m) dan berbahaya kepada bot kecil,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran gempa bumi kuat skala 6.0 Richter di koordinat 55.4 utara 166.5 timur di rantau Komandorskiye Ostrova, timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dan timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dinyatakan, selain tiada amaran hujan lebat sehingga awal pagi ini.

The post Amaran ribut petir di perairan Sarawak, Labuan, Selat Melaka appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian