Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam

TAMBUNAN, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat Satu kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa puluhan anak babi telah berlaku pagi tadi mengakibatkan anak babi tercampak dan berkeliaran di atas jalan raya.

BH Online melaporkan, kejadian yang berlaku di Kilometer 31, Jalan Moyog Penampang-Tambunan itu menyebabkan beberapa pemandu tergamam melihat anak babi di jalan raya.

Dilaporkan pemandu lori berusia 40-an dan kelindannya, 20-an tidak cedera, namun berlaku kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

Lori itu dalam perjalanan untuk menghantar anak babi ke Pekan Donggongon, Penampang.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Tambunan, Johnny John Jinuli, berkata ketika kejadian kenderaan dinaikinya bersama pasukan anggota secara kebetulan melalui tempat kejadian.

“Kami dalam perjalanan dari Tambunan ke Penampang, sebelum terserempak dengan kemalangan itu dan menjalankan pemeriksaan,” katanya.

Difahamkan, haiwan itu ditangkap semula dan diangkut menggunakan lori lain, namun ada juga penduduk sekitar yang mengambil anak babi berkenaan.

The post Anak babi berkeliaran di jalan raya, pemandu tergamam appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian