ismakualaterengganu

Angkasa kongsi siaran lansung pencerapan gerhana bulan penuh di Facebook

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkongsi keindahan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku sejak 6.5...

BANGI, 14 Jamadilawal 1439H, Rabu – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkongsi keindahan fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku sejak 6.51 petang tadi, menerusi siaran langsung di laman Facebooknya.

Siaran langsung menerusi Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh di Observatori Negara Langkawi itu, mula disiarkan sejak jam 8 malam, dengan lebih lima ribu pengguna media sosial menyaksikannya.

Meskipun di awal siaran tersebut, imej fenomena gerhana bulan itu tidak jelas kelihatan , yang berkemungkinan disebabkan keadaan cuaca hujan ketika ini.

Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi, imej gerhana bulan penuh tersebut sudah jelas kelihatan, malah lebih terang.

Rata-rata pengguna Facebook turut meluahkan rasa kecewa kerana kebanyakan kawasan tidak dapat kelihatan fenomena tersebut ekoran keadaan cuaca hujan.

“Tempat saya tak nampak. Awan tebal, dapat tengok Angkasa punya pun jadilah,” tulis Nur Aisyah.

“Keadaan di Kuantan mendung. Tetapi sangat bernasib baik dapat menyaksikannya di Facebook Angkasa,” tulis Leah Jacobs.

Angkasa dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, fenomena itu tidak memerlukan peralatan tertentu untuk orang ramai menyaksikan gerhana bulan penuh  itu, sebaliknya bergantung kepada keadaan cuaca di tempat masing-masing.

Fenomena tersebut akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit, bermula jam 6.51 petang hingga 12.08 malam (1 Februari 2018).

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kemudiaanya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.

Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari 2018 berbeza daripada gerhana-gerhana bulan penuh lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas bumi serta kedudukan bulan di sepanjang orbitnya.

The post Angkasa kongsi siaran lansung pencerapan gerhana bulan penuh di Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3431246676576653604

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item