AS ancam mahu hentikan bantuan kepada Palestin

WASHINGTON, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam akan menghentikan bantuan kepada rakyat Palestin yang tidak bersedia untuk rundingan damai.

Di laman sosial Twitternya, Trump mendakwa Amerika Syarikat tidak menerima sebarang penghargaan atau penghormatan sebagai balasan atas bantuannya.

“Kami membayar ratusan juta dolar kepada rakyat Palestin setahun dan tidak mendapat penghargaan atau penghormatan.

“Lagipun, Palestin tidak berminat untuk meneruskan rundingan damai, kenapa kami perlu meneruskan bantuan yang banyak pada masa depan untuk mereka,” katanya.

Beliau juga mendakwa, pengiktirafan kontroversinya terhadap bandar Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah usaha perbincangan damai baru.

Bagaimanapun, Palestin berkata, langkah itu menunjukkan secara jelas sifat AS yang berat sebelah. – Agensi

The post AS ancam mahu hentikan bantuan kepada Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?