AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis akhir tahun depan

TEL AVIV, 6 Jamadilawal 1439H, Selasa – Amerika Syarikat (AS) akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, akhir tahun depan, kata Naib Presiden AS, Mike Pence, ketika berucap di Parlimen rejim pengganas Israel.

Ucapannya pada peringkat awal bagaimanapun, terganggu apabila ahli politik Palestin yang menganggotai pakatan Arab mengangkat poster berkaitan Masjid Al-Aqsa, sebelum mereka diarah keluar dewan.

“Amerika berdiri bersama Israel. Kami berdiri dengan Israel kerana sebab anda adalah sebab kami. Nilai anda adalah nilai kami, dan perjuangan anda adalah perjuangan kami.

“Kita berdiri dengan Israel kerana kita percaya kepada perkara yang salah, dan kebaikan terhadap kejahatan, dan kebebasan terhadap kezaliman,” kata Pence.

Dalam tindakan yang belum pernah berlaku sebelum ini, kedutaan AS menjemput pemimpin kumpulan pendatang Yahudi di Tebing Barat yang diceroboh menghadiri Parlimen itu bagi mendengar ucapan Pence.

Duta AS ke Israel, David Friedman adalah penyokong tegar penempatan haram rejim pengganas Israel, malah sebelum ini, dia pernah mengetuai pertubuhan yang menderma berjuta-juta dolar bagi membangunkan penempatan haram di Tebing Barat.

Ucapan Pence dianggap penuh dengan isu keagamaan, mengenai kitab Ibrani dan kepentingannya di Israel.

Ketua perunding Pihak Berkuasa Palestina (PA), Saeb Erekat mencemuh ucapan Pence yang disifatkannya sebagai kenyataan keagamaan yang kontroversi.

“Ucapan Mesiah oleh Pence adalah hadiah kepada pelampau dan ini membuktikan bahawa pentadbiran AS adalah sebahagian daripada masalah di Palestin dan bukannya penyelesaian.

“Mesejnya kepada seluruh dunia adalah jelas. Melanggar undang-undang dan resolusi antarabangsa dan AS akan memberi ganjaran kepada anda,” kata Erekat menerusi Twitter Jabatan Hal Ehwal Rundingan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), hari ini.

Lawatan Pence ke Timur Tengah, yang pertama oleh pegawai tertinggi AS selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, 6 Disember tahun lalu, memburukkan lagi ketegangan dengan rakyat Palestin yang membantah perisytiharan itu. – Agensi

The post AS pindah kedutaan ke Baitulmaqdis akhir tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian