Awas! Mereka ibarat dedalu, merebak sedikit demi sedikit

SUNGGUH tepat masa tuntutan mereka. Kalau dulu mereka mereka mendapat kewarganegaraan secara mudah. Dalam kekalutan menuntut kemerdekaan dengan mudah mereka dapat status warganegara. Mereka pilih masa yang sesuai untuk mengemukakan sebarang tuntutan.

Semua tuntutan mereka adalah untuk menentukan survival bangsa mereka di negara yang mereka datangi .Sedikitpun mereka tidak endahkan kepentingan pemilik asal negara tersebut. Jauh sama sekali untuk kongsi kekayaan dan kesenangan. Kalau kongsi pun kerana ada kepentingan bersama. Itupun untuk sementara waktu.

Adakah sistem pendidikan Malaysia tidak sesuai untuk bangsa mereka sehinggakan perlu kepada sistem pendidikan dari negara asal mereka. Atau, kedegilan mereka yang sengaja tidak mahu menerima bangsa lain hidup bersama dalam suasana yang harmoni.

Kalau bangsa Melayu perjuangkan hak bangsa Melayu dicanangkan seluruh alam sebagai rasis. Tetapi bila mereka menuntut hak mereka dikatakan sebagai keadilan dan kesaksamaan.

Mereka sama saja walaupun dilihat berada di dalam pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jangan kita berasakan mereka berpecah kerana parti politik yang berbeza. Semuanya ibarat pokok dedalu yang memusnahkan tempat mereka bertenggek dan berteduh pada awalnya.

Pada awalnya dedalu bertenggek di satu dahan sahaja melalui seekor burung yang memindahkannya, lama kelamaan ia merebak dan pokok akan mati kekeringan.

Dulu mereka didatangkan oleh British untuk menumpang di negara ini. Setelah kukuh sedikit demi sedikit penguasaan mereka semakin terserlah untuk menentukan survival bangsa mereka tercapai tanpa mengira kepentingan bangsa Melayu yang kian tergadai. Mereka menutup macam-macam dalam politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain, atas nama keadilan dan kesaksamaan.

Terkini dan amat tidak wajar ialah tuntutan daripada kumpulan ini untuk memperbanyakkan lagi sekolah swasta Cina di Malaysia dengan menggunakan sistem pendidikan ala mereka. Jauh sekali untuk mereka bercakap mengenai perpaduan kaum. Perpaduan tidak akan tercapai selagi mana ada dua sistem pendidikan yang berbeza diamalkan di Malaysia.

Kenapa ramai yang diam bila Dong Zong membuat tuntutan sedemikian? Adakah ada di kalangan kita yang selesa dengan tuntutan itu atau mengambil sikap tunggu dan lihat? Atau ada yang berasakan perlu dipenuhi kerana kepentingan peribadi untuk memenangi hati kumpulan ini?

Fikirkanlah nasib anak cucu kita yang akan mewarisi tanah watan setelah kita dijemput Rabbul Jalil.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh

Peringatan: Tulisan ini adalah pendapat penulis dan tiada kaitan dengan polisi Jabatan Pengarang Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

The post Awas! Mereka ibarat dedalu, merebak sedikit demi sedikit appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian