Banjir di Pahang bertambah buruk

KUANTAN, 15 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila mangsa banjir meningkat kepada 1,884 orang daripada 543 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,331 orang daripada 375 keluarga, malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, Pekan merupakan daerah terbaru dilanda bencana itu dengan pusat pemindahan pertama dibuka 1 pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Merchong Jaya Nenasi, menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

“Kuantan merupakan daerah paling teruk terjejas dan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 1,258 orang daripada 373 keluarga yang kini berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

“Di Rompin sehingga kini terdapat 574 orang mangsa daripada 157 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS,” katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.

Menurut Zainal, jumlah mangsa paling ramai yang ditempatkan di daerah ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad iaitu 267 orang daripada 65 keluarga diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (263 orang 71 keluarga).

Dewan Orang Ramai di Kampung Seri Damai pula menempatkan 156 orang daripada 66 keluarga, SMK Paya Besar (121 orang, 28 keluarga), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (116 orang, 53 keluarga), SMK Pandan (98 orang 28 keluarga), Balai Raya Kampung Tiram (87 orang 21 keluarga), SK Kampung Padang (63 orang, 20 keluarga).

Di Dewan Jabatan Pengairan dan Saliran pula, menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga, Balai Raya Kampung Pahang (25 orang, enam keluarga), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24 orang, lima keluarga) dan SMK Sungai Lembing (empat orang, dua keluarga),” katanya.

Zainal berkata di Rompin, tujuh PPS yang beroperasi ialah Balai Raya Kampung Setajam yang menempatkan 178 orang daripada 49 keluarga, SK Sarang Tiong Kuala Rompin (159 orang, 37 keluarga), SMK Pontian Jaya (85 orang, 24 keluarga) dan Dewan Kampung Pianggu (71 orang, 24 keluarga).

Balai Raya Kampung Sepayang pula menempatkan 61 orang daripada 16 keluarga, Balai Raya Teluk Gading (15 orang, lima keluarga) dan
Balai Raya Kampung Mikang (lima orang, dua keluarga).

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan dua batang sungai telah melepasi bacaan paras bahaya iaitu di Stesen Sungai Lepar @Jambatan Gelugor 30.34 meter dan Stesen Sungai Belat di Sri Damai 5.83m.

Empat lagi stesen menunjukkan bacaan paras amaran iaitu di Stesen Sungai Pahang @Paloh Hinai (9.78m), Sungai Tembeling di Kuala Tahan (67.73m), Sungai Pahang di Sungai Yap (51.95 m) dan Sungai Kuantan di Pasir Kemudi (7.84m). -Bernama

The post Banjir di Pahang bertambah buruk appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian