Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Hujan lebat yang berterusan lebih empat jam sejak 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat dengan beberapa laluan utama mengalami kesesakan trafik.
Antara kawasan yang terjejas adalah di Petaling Jaya, Rawang dan Gombak.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, kesesakan lalu lintas berlaku akibat air bertakung di beberapa laluan utama seperti di Jalan Persiaran Surian di Petaling Jaya dan Jalan B27 berhampiran Jusco Rawang.

“Kesesakan berlaku lebih tujuh kilometer akibat laluan dinaiki air kira-kira 0.6 meter. Ini berpunca daripada hujan yang terlalu lebat dan berterusan di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu, enam rumah di Fasa Empat, Taman Rahmat Jaya, Gombak turut ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter akibat limpahan air dari Sungai Kuang yang melepasi had ban sedia ada di taman berkenaan. – Bernama

The post Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Lembah Klang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian