Banjir: Lima sekolah di Sarawak masih ditutup

BANGI, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Lima buah sekolah di Sarawak terpaksa ditutup lagi hari ini kerana masih terjejas banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu menjejaskan lebih 300 murid dan 62 guru.

Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Bong, SK Kuala Bok di Baram; SK Ng Bon, Sibu; SK Kuala Kenyana, Mukah dan SK Sg Genaan di Sebauh.

Keadaan banjir di negeri itu turut menjejaskan beberapa buah sekolah di Subis, Miri, Baram, Selangau dan Tatau.

“Ia melibatkan SK Sg Manong, SK Sg Kelabit, SK Sungai Peking, SK Rumah Keseng, SK Kuala Muput dan SK Nanga Tau.

“Sekolah terbabit bagaimanapun beroperasi seperti biasa kerana keadaan banjir di kawasan tersebut dianggap selamat untuk murid dan guru,” kata kenyataan itu.

The post Banjir: Lima sekolah di Sarawak masih ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian