ismakualaterengganu

Banjir: Mangsa meningkat kepada 8,800 orang di Pahang

KUANTAN, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 8,8...

KUANTAN, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Keadaan banjir di Pahang bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 8,800 orang sehingga pukul 2 petang tadi, yang ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 7,309 orang pagi tadi.

Menurut Portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan terus mencatatkan pertambahan mangsa yang dipindahkan dengan 7,162 orang ditempatkan di 28 PPS berbanding hanya 5,663 orang pagi tadi.

“Di Dewan Orang Ramai Seri Damai terdapat seramai 156 mangsa dipindahkan di situ, Dewan Wawasan Jabatan Perairan dan Saliran, Kemunting (108), Balai Raya Kampung Paya Bungor (24), Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abdul Samad (267 ), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gudang Rasau (288), dan SMK Sungai Lembing (empat orang).

SK Kampung Padang pula menempatkan 73 mangsa, SMK Pandan (921), Balai Raya Kampung Pahang (69), Dewan Orang Ramai Jaya Gading (199), Balai Raya Kampung Tiram (243), SMK Paya Besar (641), SRJK ( C ) Chung Ching (540), SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad (26) dan SK Kempadang (67).

“Di Wisma Belia pula, seramai 635 orang telah dipindahkan di situ, Balai Raya Pasir Kemudi (dua), Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (592), Dewan Serbaguna Panching (17), Kuarters Polis Alor Akar (35) dan Balai Raya Kampung Sungai Soi (29),” menurut portal itu.

Seramai 31 mangsa banjir turut ditempatkan di Dewan Melati Penjara Penor, 862 orang ditempatkan di SMK Tanah Putih, 659 orang di Dewan Sukpa, Indera Mahkota, 89 orang di SBP Integrasi Kuantan, dua mangsa di Sekolah Kebangsaan Beserah, 551 orang mangsa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan 31 orang lagi di SK Sungai Ular.

Dalam pada itu, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan di Rompin turut mencatatkan pertambahan dengan 714 orang ditempatkan di 10 buah pusat pemindahan berbanding 665 pagi tadi.

Mereka ditempatkan di Dewan Orang Ramai Telok Gading (15), Pusat Pemindahan Banjir Kampung Setajam (178), Dewan Serbaguna Desa Wawasan Kampun Pianggu (72), SMK Pontian Jaya (82), dan Surau Bukit Lepas (49).

Di Balai Raya Kampung Sepayang pula terdapat seramai 64 orang, SK Sarang Tiong (161), Balai Raya Kampung Mikang (lapan), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (25) dan Balai Raya Rekoh (60).

Di Pekan, jumlah PPS yang dibuka turut meningkat kepada lima buah berbanding hanya tiga sebelum ini iaitu di SK Merchong Jaya (511) dan Balai Raya Kampung Menchupu (25) dan Sekolah Sinar Mutiara, Sungai Miang (179), SK Temai (lima) dan PPS Kampung Pulau Manis (lima).

Di Jerantut, 35 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbaguna Jerantut Feri, Balai Raya Kampung Besul (11) dan Sekolah Kebangsaan Teh (16), dan Balai Raya Kampung Besul .

Di Maran pula hanya tinggal dua PPS yang dibuka berbanding tiga sebelum ini iaitu di Surau Kampung Bintang yang menempatkan lima orang, dan PPPS Kampung Baru Sungai Chedong (151) .

Sementara itu, di Lipis pula jumlah mangsa banjir masih tidak berubah seprti pagi tadi dengan dua PPS yang dibuka setakat ini iaitu Balai Raya Kampung Tanjung Bungor yang menempatkan lima mangsa dan Balai Raya Lentang (empat). -Bernama

The post Banjir: Mangsa meningkat kepada 8,800 orang di Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 976545879373398577

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item