ismakualaterengganu

Basikal lajak: Polis mohon ibu bapa pantau aktiviti anak

KLUANG, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Polis telah menahan 10 remaja yang mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya di Kluang, ...

KLUANG, 2 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Polis telah menahan 10 remaja yang mengubah suai dan menunggang basikal secara berbahaya di Kluang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, 10 remaja berusia 10 hingga 12 tahun itu menunggang basikal lajak di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan remaja terbabit menjalankan aktiviti mereka.

“Kesemua ibu bapa remaja yang ditahan sudah dipanggil, selain turut menjalani sesi kaunseling mengenai bahaya dan risiko menunggang basikal lajak di atas jalan raya.

“Amaran keras juga diberikan kepada semua yang terbabit supaya tidak mengulangi aktiviti mereka pada masa akan datang,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kesemua basikal disita mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, beliau berkata, pihak polis berharap ibu bapa dapat memantau setiap pergerakan dan aktiviti anak mereka supaya tidak terbabit dengan gejala seumpama ini.

The post Basikal lajak: Polis mohon ibu bapa pantau aktiviti anak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 7579912949270326302

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item