Batal agama kanak-kanak Islam suatu keputusan khilaf: Aktivis CLJ

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam, yang menyatakan penukaran agama anak bawah umur 18 tahun memerlukan persetujuan kedua ibu bapa, seolah-olah memberi kuasa veto kepada pasangan bukan Islam untuk menghalang anak mereka diislamkan.

Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid berkata, keputusan semalam menyebabkan seseorang mualaf perlu terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada pasangannya yang masih belum memeluk Islam, bagi menukar agama anak mereka.

“Hal ini sama seperti memberikan kuasa veto kepada pasangan bukan Islam dalam penentuan agama anak. Sedangkan Perkara 12(4) memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya.

“Tetapi apabila Mahkamah Persekutuan semalam memutuskan bahawa persetujuan bersama diperlukan, ini menyukarkan proses seseorang mualaf untuk memeluk Islam,” katanya mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.

Dalam keputusan itu Mahkamah Persekutuan menetapkan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibu mereka, M Indira Gandhi.

Berbeza dengan kes kes Subashini a/p Rajasingam melawanSaravanan a/l Thangathoray pada 2007 lalu, Aidil berkata, ia adalah yang terbaik, kerana mengambil kira kepentingan semua pihak.

Kenyataan penuh Aidil Khalid boleh dibaca dalam ruang Pendapat Ismaweb.net.

The post Batal agama kanak-kanak Islam suatu keputusan khilaf: Aktivis CLJ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian